Semua pelajar Malaysia di Syria yang terlibat dalam proses dibawa pulang, telah berada di tanahair dengan kumpulan terakhir tiba semalam.
    
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata sebanyak 130 pelajar berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik, Syria dan daripada jumlah itu 107 dibawa pulang oleh kerajaan.

"Seramai tujuh pelajar pulang ke Malaysia atas inisiatif sendiri, lapan pelajar sedang bercuti atau berada di luar Syria dan lapan lagi masih bertegas untuk kekal di sana," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sabtu lepas, Anifah dilapor berkata kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk memulakan proses pemindahan pelajar Malaysia dari Syria pulang ke tanahair dengan segera memandangkan pergolakan yang semakin meruncing di negara itu.

Kumpulan pertama sebanyak tujuh pelajar selamat tiba di tanahair Rabu lepas manakala kumpulan terakhir membabitkan 100 pelajar tiba semalam.

Mengulas mengenai ekspatriat Malaysia di Syria, Anifah berkata sembilan orang telah kembali ke tanahair atas inisiatif sendiri manakala seorang masih berada di sana.

Beliau berkata duta dan empat pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik akan kembali dalam masa terdekat.

"Sehubungan itu bilik operasi Kementerian Luar Negeri telah ditutup  secara rasminya. Sebarang pertanyaan lanjut orang awam boleh menghubungi 03-88874000 pada waktu pejabat dan 03-88874570 selepas waktu pejabat," katanya.

Pelajar dari Sabah

Sementara itu, kerajaan negeri Sabah akan membincangkan isu pengajian tiga pelajar negeri itu yang kembali dari Syria dengan pihak berkaitan termasuk Kementerian Pengajian Tinggi.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Seri Nasir Tun Sakaran berkata masa depan pelajar terbabit harus diberi perhatian memandangkan tidak ada tanda onflik di negara Timur Tengah itu akan berakhir dalam masa terdekat.
     
"Perkara ini akan dibincangkan dengan pihak-pihak berkenaan terutama sekali engan Kementerian  Pengajian Tinggi. Sekiranya ada tempat bagi pelajar ini elanjutkan pelajaran di dalam negara kita, ini mungkin  boleh diambil kira.
   
"Sekiranya mereka ingin meneruskan pelajaran (di Timur Tengah) kita ada eberapa negara pilihan  seperti Mesir dan Jordan. Pelajar Malaysia ramai enuntut  di negara-negara berkenaan," katanya kepada  pemberita selepas
menghadiri majlis berbuka puasa malam tadi.
   
Katanya pelajar terbabit iaitu masing-masing seorang dari Tawau, Sandakan an Keningau, akan tiba dari Kuala Lumpur hari ini dan kos perjalanan mereka ari ibu negara ke Sabah dibiayai Pusat Zakat  Sabah sementara dari Syria oleh kementerian luar.
   
Nasir yang juga menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam Sabah, berkata kerajaan negeri Sabah amat berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana menguruskan kepulangan pelajar  berkenaan sehingga selamat sampai di
tanahair.

- Bernama