Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi: Populariti PM merosot mungkin jejas BN

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata kemerosotan populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan menjejaskan BN memandangkan Najib menghabiskan masa beberapa tahun kebelakangan ini untuk membina parti itu dengan populariti peribadinya.

"Saya percaya golongan di dalam BN sudahpun bimbang dengan pendekatan Najib, kerana dia berkempen seperti dialah nadi dan penyelamat BN, tapi pada masa yang sama, dia gagal menonjolkan parti komponen lain dalam BN.

"Ia bukan kerja berpasukan. Najib percaya bahawa kekuatan peribadinya menaikkan BN," kata Rafizi dalam sidang media di ibu pejabat PKR petang ini.

Beliau melihat bahawa bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menyertai pilihan raya umum 2008 dengan populariti 72 peratus ketika BN lebih kuat.

Bagaimanapun, BN kehilangan majoriti dua pertiga, lima negeri dan juga Kuala Lumpur.

Beliau mengulas tinjauan oleh Merdeka Centre yang mendedahkan bahawa populariti Najib merosot satu peratus sejak Mei kepada 64 peratus pada Jun.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS