MB S'gor: Keuntungan besar jika GLC maju tanah Talam

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa pembelian tanah oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada Perbadanan Menteri Besar (MBI) adalah bertujuan untuk pembangunan.

Katanya hal demikian dibuat selepas Talam Corporation mula melupuskan tanah yang menjadi harta dan keuntungan kepada perbadanan itu untuk membayar hutang berjumlah RM392 juta kepada kerajaan negeri.

NONEKerajaan negeri sedar keuntungan berganda diperolehi jika syarikat GLC memajukan tanah tersebut berbanding menjualnya, kata Khalid dalam temubual dengan Malaysiakini Sabtu lalu.

"Nilai tanah itu kurang daripada nilai pembangunan. Kerajaan negeri mempunyai banyak pengetahuan tentang apa yang ingin dimajukan dan mempunyai kekuatan untuk meluluskan pembangunan.

"Jadi kenapa kamu perlu menjual sebidang tanah yang belum diteroka bila kamu mampu memajukannnya?... Jika kamu jual pembangunan, kami bercakap tentang peningkatan nilai pembangunan, tetapi jika kamu menjual tanah sekaki persegi, itu merupakan perbezaan yang besar," katanya.

Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak menambah adalah lebih baik kerajaan negeri menyimpan aset tersebut berbanding wang tunai, apatah lagi kerajaan negeri mempunyai rizab tunai sebanyak RM2 bilion - pertambahan lima kali ganda sejak Pakatan Rakyat menguasai kerajaan negeri.

NONEAhli jawatankuasa Pusat MCA Datuk Chua Tee Yong (kanan) mendakwa kerajaan negeri memaksa syarikat berkaitan kerajaan untuk mendapatkan tanah daripada perbadanan itu, bukan menjualnya bagi mendapatkan semula RM392 juta secara tunai yang terhutang kepada kerajaan negeri.

"Saya dapat mengesannya... Saya beritahu kamu, kadang kala bila saya mendapati kerja seperti ini, bagaimana boleh saya...," kata Khalid sebelum ketawa terbahak-bahak.

"Saya tidak faham dan saya tidak peduli, saya telah sampai ke tahap itu... Sekalipun parti saya datang kepada saya dan berkata, kamu tidak menerangkan kepadanya (Chua), dia masih tidak faham.

"Saya beritahu mereka, sebab itu saya letak jawatan sebagai guru, kerana sehingga satu masa saya beritahu kepada pelajar saya, mereka masih tak faham, saya akan panggil mereka supaya datang ke sini, saya akan buat untuk kamu dan kamu boleh simpan jawapannya," sindir Khalid.

[baca berita penuh]

VIDEO l 5.20 mins

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.