Ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata tindakan wakil rakyat DAP yang memberi kenyataan yang bercanggah satu sama lain "telah memakan diri sendiri".
Ini, katanya, selepas keyataan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara,
Tony Pua yang mendakwa BN tidak mengambil sebarang usaha untuk mendapatkan kembalihutang Talam Corporation kepada kerajaan Selangor.
Bagaimanapun, kata Chua, Anggota Exco Kerajaan Selangor Teresa Kok (kiri) pula mendakwa kerajaan negeri terpaksa mematuhi perjanjian penyelesaian yang dimulakan oleh kerajaan BN berhubung hutang Talam
"Saya harus berterima kasih kepada Teresa Kok kerana memaklumkan kepada orang ramai mengenai perjanjian itu, kerana apa yang beliau umumkan itu membuktikan bahawa kerajaan Pakatan mengelirukan dan berbohong kepada rakyat," katanya dalam sidang media di ibupejabat MCA pagi ini.
Chua sebelum ini telah menuduh kerajaan Selangor terlebih bayar RM1.89 juta untuk lima lot pejabat di Menara Pandan.
Kok kemudiannya menjawab dengan berkata Chua membandingkan harga urusniaga pada 2006 dengan harga lelong pada 2010, sambil menambah bahawa perjanjian itu ditandatangani pada 2006 di bawah kerajaan negeri yang diterajui oleh BN.
Perjanjian itu adalah penyelesaian antara Pendidikan Industri YS, yang memiliki dan mengendalikan Universiti Selangor (Unisel), dan Maxisegar - anak syarikat Talam Corporation - kerana Maxisegar berhutang kepada Unisel dan hutang ini adalah sebahagian daripada tindakan mendapatkan semula hutang Talam berjumlah RM392 juta kepada Selangor.
Selain ini, Kok telah mendedahkan bahawa perjanjian itu
termasuk 1,715.9 ekar tanah di Bestari Jaya yang telah dibentangkan dalam penyelesaian bertarikh 29 Julai 2005.
Turut dimasukkan ialah satu lagi perjanjian tambahan bertarikh 8 Mac 2007, yang melibatkan 12 ekar tanah di Puncak Jalil pada harga RM11 juta; 400 ekar tanah di Ulu Yam pada harga RM27.2 juta dan tambahan 538,96 ekar tanah di Bestari Jaya untuk RM43.117 juta.
