Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menang kontrak, saham George Kent naik 14.5%
Diterbitkan:  Aug 1, 2012 11:40 AM
Dikemaskini: 11:00 AM

Saham George Kent (Malaysia) Bhd meningkat sebanyak 14.56 peratus selepas firma kejuruteraan dan mekaninal itu memenangi kontrak sambungan Transit Aliran Ringan (LRT) semalam, lapor Reuters .

Syarikat Prasarana Negara Bhd semalam secara rasmi mengumumkan bahawa kontrak untuk projek sambungan LRT Ampang dianugerahkan kepada syarikat kerjasama George Kent-Lion Pasific Venture (JV).

Menurutnya, JV adalah 100 peratus syarikat milik tempatan dan disokong oleh rakan kongsi yang berwibawa pelbagai disiplin teknikal tempatan dan antarabangsa, semua mempunyai rekod pencapaian yang terbukti dalam bidang kepakaran masing-masing.

Kenyataan itu juga menyebut, sebahagian daripada subsistem utama yang dicadangkan itu akan mempunyai sinergi dengan operasi Prasarana sedia ada.

Dalam jangka masa panjang, Prasarana akan mendapat keuntungan daripada pengurangan perbelanjaan operasi di samping keuntungan bersama dari segi kecekapan yang akan meningkatkan keberkesanan perkhidmatan, menurut kenyataan itu lagi.

Dengan perolehan kontrak kerja itu, Prasarana yang merupakan pemilik projek dan aset untuk Projek Sambungan Laluan LRT (LEP) telah memberikan semua kontrak kerja di bawah LEP, kecuali untuk kerja melibatkan kad akses yang masih belum ditender.

ADS