Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemuda PAS memberikan masa seminggu kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin untuk menjelaskan dakwaan salah guna kuasa yang timbul Februari lalu.

NONE "Jika Awang Adek masih berdiam diri, atau perdana menteri tidak menjawabnya, kami akan bertindak," kata setiausaha dewan itu Khairul Faizi Ahmad Kamil semalam.

Kata Khairul Faizi, tindakan lanjut akan diumumkan kemudian, termasuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penulis blog tidak dikenali 'Thewhistleblower711' sebelum ini mendakwa Awang Adek menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengerusi Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB.

Blog itu mendakwa, Awang Adek menerima sogokan untuk meluluskan penyambungan kontrak untuk kerja-kerja penyelenggaraan untuk dua bangunan kerajaan di Johor Bahru.

Menurut laman web SJJN, skim itu bertujuan mengenalpasti syarikat bumiputera berdaya mahu dan menyediakannya dengan bantuan supaya layak menjadi syarikat tersenarai awam.

VIDEO l 5.02 min

[Baca berita penuh]

ADS