Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Petugas sekolah agama didakwa cuba cabul pelajar
Diterbitkan:  Aug 2, 2012 5:51 PM
Dikemaskini: 9:55 AM

Seorang petugas sekolah agama di Kemaman ditahan kerana didakwa cuba mencabul enam pelajar lelaki sekolah itu, sejak beberapa bulan lalu.

    

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata kejadian dipercayai berlaku sekitar Mei hingga Julai lalu, di asrama sekolah berkenaan.

    

Katanya, keenam-enam pelajar itu berusia antara 9 hingga 14 tahun.

    

Petugas berusia 29 tahun itu didakwa cuba memaksa pelajar berkenaan melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

    

"Kerana tidak tahan dengan perbuatan itu pelajar berkenaan mengadu kepada guru sekolah sebelum membuat laporan di Balai Polis Kemaman kira-kira 10 malam semalam," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu hari ini.

    

Bertindak atas laporan itu, polis, katanya menahan petugas berkenaan di asrama sekolah sejurus menerima laporan.

    

Suspek yang berasal dari Kedah itu ditahan reman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan kerana merangsang kanak-kanak untuk melakukan perbuatan kelucahan terlampau, katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS