Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Guan Eng: Patut beri habuan, bukan hukum Rafizi
Diterbitkan:  Aug 3, 2012 10:58 AM
Dikemaskini: 8:06 AM

Kerajaan patut memberi habuan kepada Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan bukan menghukum ekoran rentetan siri pendedahannya, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Lim berkata, berdasarkan pengalamannya yang pernah dipenjara kerana mempertahankan mangsa rogol bawah umur, penahanan Rafizi satu bentuk kezaliman.

Jelas Lim, tindakan itu tidak adil bagi sesuatu jenayah yang telah didedahkan olehnya dan Rafizi sedangkan "penjenayah sebenar" bebas.

NONE "Oleh itu, DAP mendesak kerajaan persekutuan menarik balik dakwaan terhadap Rafizi bagi mengembalikan semula keyakinan awam dalam komitmen untuk melindungi pemberi maklumat dan mendedahkan rasuah serta menggalakkan integriti awam dan kepimpinan BN," kata Lim.

Ketua menteri Pulau Pinang itu menghabiskan setahun di penjara pada 1998 berhubung tuduhan rogol yang melibatkan bekas Ketua menteri Melaka Datuk Seri Rahim Thamby Chik.

Rabu lalu, Rafizi dan kerani bank Johari Mohamad didakwa bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia) kerana mendedahkan akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengarahnya Datuk Seri Mohamad Salleh.

Sejak beberapa bulan lalu, Rafizi mendedahkan beberapa siri dakwaan salah laku yang dilakukan NFC- kebanyakkannya melibatkan isu penyalahgunaan dana awam.

Selain itu, Dalam kenyataannya semalam, Lim berkata, pendakwaan terhadap Salleh sekali gus mempertahankan langkah Rafizi itu.

"Pendakwaan terhadap Salleh membuktikan tiada tindakan akan diambil terhadapnya berhubung skandal melibatkan dana awam sebanyak RM250 juta sekiranya Rafizi tidak membuat pendedahan itu.

"Jika Salleh tidak dikenakan apa-apa tindakan, ia cerita lain. Hakikatnya dia kini menghadapi pertuduhan jenayah, yang membuktikan Rafizi melakukan perkara yang betul," kata Lim lagi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS