Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menafikan dakwaan bahawa dia telah berkahwin dengan artis terkenal, Abby Abadi.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan bulan lalu baru menyertai PAS sebagai ahli seumur hidup.

Mohd Zaki ( bawah ) sewaktu dihubungi Malaysiakini menjelaskan beliau hanya pernah duduk sepentas ceramah dengan Abby di Tumpat 3 Julai lalu.

NONE "Secara kebetulan saya jemput dia hadir di Tumpat dan lepas itu tidak ada apa-apa perhubungan antara saya dan dia," katanya.

Tambahnya lagi, itu juga merupakan kali pertama dan terakhir beliau bersua muka dengan Abby.

Sementara itu, akhbar Sinar Harian melaporkan wakil rakyat PAS itu sebagai berkata, dakwaan itu hanya permainan politik yang bertujuan menjatuhkan kariernya.

"Mungkin cerita ini sengaja diadakan-adakan oleh musuh-musuh politik bertujuan menjatuhkan karier politik saya," beliau dipetik sebagai berkata.

Sempena menghormati kedatangan Ramdan, Mohd Zaki menggesa penyebaran cerita itu dihentikan dan pihak bertanggungjawab menyebarkannya harus menarik balik.

"Dan jika dia enggan berbuat demikian, baru saya akan fikir untuk mengambil langkah seterusnya, yang dirasakan wajar demi membersihkan nama saya," kata Mohd Zaki.

Abby antara selebriti terbaru yang menyertai PAS. Selain Abby, penulis lirik, pelawak Bob Lokman dan penyanyi Aishah juga telah menyertai parti Islam itu.

ADS