Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BERSIH selar T'ganu batal biasiswa pelajar berdemo
Diterbitkan:  Aug 3, 2012 5:03 PM
Dikemaskini: 9:09 AM

Gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH menyelar tindakan kerajaan Terengganu membatalkan biasiswa sembilan penuntutnya yang terlibat dalam perhimpunan BERSIH 2.0 di Mesir pada 9 Julai tahun lalu.

Jawatankuasa pemandunya berkata, tindakan itu mencabuli hak mahasiswa berkumpul secara aman seperti digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Dengan tindakan itu, kerajaan Terengganu juga menafikan hak mahasiswa kepada pendidikan, yang juga termaktub dalam perlembagaan," kata jawatankuasa itu.

Dalam kenyataannya hari ini, BERSIH juga berkata langkah itu bertentangan dengan janji perdana menteri untuk meliberalisasikan pendirian kerajaan dalam perhimpunan awam.

Semalam, mahasiswa tahun tiga jurusan perubatan Universiti Al-Azhar Muhamad Hasyim Che Ngah berkata beliau kesal menyertai perhimpunan BERSIH dan berkata tidak akan terlibat lagi dengannya.

Muhamad Hasyim, 21, antara sembilan anak Terengganu yang menerima nasib itu, dan semalam beliau menemui Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said bagi merayu agar pinjamannya disambung semula.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS