Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP cabar k'jaan dedah semua projek sambungan LRT
Diterbitkan:  Aug 3, 2012 5:25 PM
Dikemaskini: 10:19 AM

DAP mencabar perdana menteri menyediakan bukti berbentuk dokumen bagi membuktikan syarikat pengilang meter dan paip George Kent merupakan pilihan terbaik untuk projek sambungan LRT berbanding syarikat yang mempunyai rekod lengkap dalam projek berkaitan kereta api.

NONE Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, ini ekoran kontraktor itu dipilih walaupun nilai bidaannya lebih tinggi daripada syarikat lain.

"Syarikat Prasarana Negara harus segera mengubah status semua dokumen tender dan minit mesyuarat penilaian untuk membuktikan konsortium George Kent-Lion Pacific pembida paling berbaloi untuk projek sambungan LRT Ampang, secara teknikal dan kewangan," kata Pua.

Katanya. langkah itu satu-satunya cara untuk menyangkal semua tuduhan pilih bulu dan kronisme berhubung penganugerahan projek besar itu.

Syarikat kerjasama George Kent-Lion Pacific semalam menafikan pihaknya gagal dalam penilaian teknikal sebelum dianugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.1 bilion.

Sementara itu, Pengarah eksekutifn George Kent Ir Dr Cheong Thiam Fook dalam kenyataannya petang ini tetap berpegang pada pendiriannya bahawa mereka yakin 100 peratus projek itu akan diselesaikan berdasarkan kos dan tempoh ditetapkan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas gesaan yang mahu maklumat kerajaan berkaitan tender itu didedahkan kerana tidak terlibat dengan proses kerahsiaan kerajaan dan dokumennya.

"George Kent ingin menegaskan pihaknya sedang menumpukan sepenuhnya usaha untuk menyiapkan projek itu menurut tahap ketelusan dan urus tadbir yang diharapkan daripada sebuah syarikat tersenarai awam," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS