Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
CIJ: Media masih perlu semasa serbuan antimaksiat
Diterbitkan:  Aug 4, 2012 3:46 PM
Dikemaskini: 7:47 AM

Kehadiran media semasa serbuan antimaksiat diperlukan supaya sebarang penyalahgunaan kuasa oleh pihak penguatkuasa dapat disaksikan, kata Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia (CIJ).

"Ketika terdapat pihak mempersoalkan sama ada media mempunyai peranan dalam sesuatu serbuan, kami percaya kehadiran wartawan di sini, seperti semua keadaan lain yang melibatkan pihak berkuasa, perlu.

"Mereka bukan hanya melaporkan acara tetapi juga memeriksa kemungkinan berlakunya salah guna kuasa," kata CIJ melalui kenyataannya semalam.

Pendirian ini sama sekali bertentangan dengan Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang berpendapat polis patut berhenti membawa media dalam serbuan, terutamanya apabila melibatkan kegiatan maksiat.

Bagaimanapun, CIJ berkata, etika kewartawanan harus dipatuhi, termasuk meminimumkan kemudaratan dan mesti berhenti 'mengeksploitasi' subjek mereka.

Ketiga-tiga pihak di atas merujuk kepada ulasan wartawan meja jenayah Oriental Daily News Loh Iee We yang melaporkan gelagat kakitangan media semasa serbuan antimaksiat.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS