Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan Pulau Pinang, melalui pihak berkuasa negeri, sudah memulakan siasatan berhubung dakwaan terdapat cubaan menyebarkan ajaran Kristian kepada orang Islam di negeri itu.

Exco hal ehwal agama negeri Abdul Malik Abul Kassim berkata, penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAINPP) bagaimanapun masih belum dapat mengesahkan dakwaan itu pada masa ini.

NONE "Sekarang ini kita dah ambil inisiatif untuk siasat perkara ini. Kita tak dapat kenal pasti lagi siapa mereka (yang bertanggungjawab).

"Jadi sekarang kita dalam proses siasatan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini .

Kumpulan yang dikenali sebagai Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan (API) dilaporkan mendakwa, wujud usaha memurtadkan orang Islam terutama golongan gelandangan dan pengayuh beca sekitar Pulau Pinang.

API mendakwa, usaha itu melibatkan dua lelaki Eropah yang berpakaian seperti pelancong yang mendekati golongan itu antaranya dengan bertanyakan lokasi menarik sekitar bandar, lapor Berita Harian pada 2 Ogos lalu.

Golongan itu juga didakwa menggunakan umpan wang tunai dan keperluan asas sepanjang Ramadan.

Belum pasti tempoh lengkapkan siasatan

NONE Abdul Malik berkata, penyiasatan agak sukar pada masa ini memandangkan mereka belum dapat mengenal pasti situasi sebenar.

"Ada dua senario sama ada mereka seseorang yang datang ke Pulau Pinang untuk bercuti dan kemudian berjumpa orang ramai dan bercakap; ataupun mereka memang berusaha untuk menyebarkan ajaran Kristian," katanya.

Abdul Malik berkata lagi, sehingga kini, pihaknya masih belum menemui apa-apa bukti seperti yang didakwa dalam akhbar tersebut.

Beliau turut berkata, kerajaan negeri juga tidak dapat menentukan berapa lama siasatan tersebut akan dibuat pada masa ini.

''Kita tak boleh nak bagi tempoh masa sebab setakat ini kita belum terima apa-apa lagi hasil daripada penyiasatan ini.

"Kita menyiasat sendirian. Sekiranya kita dah dapati mereka bersalah, baru kita akan rujuk dengan pihak polis dan jabatan imigresen.

"Kita juga akan rujuk pada pendakwa bila dah tahu siapa individu terbabit. Dan dari situ baru kita tahu boleh didakwa bawah akta dan undang-undang apa," katanya lagi.

Majlis agama: Hentikanlah usaha ini

Sementara itu, Bernama melaporkan, MAINPP akan menyiasat dakwaan yang ditimbulkan dan berjumpa dengan pengadu dan akan menyiasat perkara ini secepat mungkin.

salleh man "Diharapkan pihak yang cuba melakukan perkara ini dapat menghentikannya segera kerana ia bertentangan dengan peruntukan undang-undang," yang dipertuanya Datuk Mohd Salleh Man ( kiri ) dipetik sebagai berkata di Butterworth hari ini.

ADS