Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Amaran menteri agama Datuk Seri Jamil Khir Baharom kepada pelajar luar negara agar tidak menyokong BERSIH sebenarnya cubaan untuk menakut-nakutkan kelompok tersebut, kata Datuk A Samad Said.

Menurut pengerusi bersama gabungan reformasi sistem pilihan raya itu, pelajar-pelajar berkenaan mempunyai hak untuk berbuat demikian kerana ia cara "untuk memurnikan landasan demokrasi".

"Bergantung kepada para siswa sendiri, jika mereka percaya perjuangan itu, dan bersedia menanggung risikonya, mengapa tidak (boleh sokong)?

NONE "Kecualilah kalau kita sengaja hendak menakut-nakutkan mereka," katanya sewaktu mengulas pesanan Jamil Khir yang menggesa pelajar Malaysia supaya tidak terlibat dengan gerakan "baju kuning" di Mesir.

Sebelun ini, sembilan pelajar tajaan Yayasan Terengganu ditarik balik pinjaman selepas menyertai perhimpunan di BERSIH di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka membuat rayuan kepada menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said supaya pinjamannya disambung semula.

'Jika perjuangan Mesir, harus waspada'

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, A Samad yang lebih dikenali sebagai Pak Samad berkata, pelajar di luar negara wajar menyatakan sikap mereka terhadap isu berkaitan politik Malaysia walaupun berada di luar negara.

Namun, mereka perlu lebih berhati-hati dengan aktivisme politik jika ia melibatkan hal ehwal politik negara tempat yang mereka belajar.

"Kalau perjuangan itu perjuangan rakyat Mesir, maka kita perlu waspada.

"Tapi kalau perjuangan itu perjuangan tanahair – maksudnya Malaysia – di luar tanahair maka ia wajar disokong," katanya.

Tambahnya, beliau turut berbesar hati dengan sokongan yang diberikan pelajar Malaysia di luar negara dan mengalu-alukan lebih ramai lagi untuk berbuat demikian.

"Saya berbesar hati mereka menyokong perjuangan BERSIH.

"Saya harap lebih ramai pelajar di luar negara yang mempercayai gerakan BERSIH sebagai satu cara untuk memurnikan landasan demokrasi," katanya lagi.

1. Menteri: Siswa ke Mesir jangan terlibat 'baju kuning'

ADS