Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengarah Pristine Agrofood Sdn Bhd, Chu Bak Tek menyangkal dakwaan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim bahawa syarikat itu mengadakan usahasama dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Chu memberitahu Malaysiakini bahawa "perjanjian usahasama" yang ditunjukkan oleh Ng kepada media semalam, tidak lebih daripada perjanjian sewaan untuk membolehkan syarikat tersebut mengendalikan projek ternakan udang di atas tanah Noh seluas 30 ekar di Tanjung Karang.

NONE Beliau menjelaskan bahawa syarikatnya mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan tanah tersebut seperti yang ditetapkan oleh kontrak itu, yang dimeterai pada 5 Januari tahun lepas, yang termasuk menyediakan tenaga kerja, pengurusan dan pembiayaan untuk projek itu.

"Di bawah kontrak itu, Noh (kanan), sebagai tuan tanah,

sepatutnya membenarkan dikenakan kaveat persendirian ke atas tanah itu dan menandatangani apa-apa dokumen yang berkaitan dengan tanah itu.

"Ini hanyalah satu perjanjian sewaan, dan tidak ada pembiayaan dan pelaburan yang terlibat antara kementerian beliau dan kami," katanya.

NONE Chu berkata kontrak itu dipanggil "perjanjian usahasama" kerana tuan tanah berharap projek itu akan membantu menjana ekonomi dan menggalakkan industri pertanian negara, serta mewujudkan pekerjaan baru untuk penduduk tempatan.

Sebelum ini, kawasan yang sama merupakan sebahagian daripada sebuah projek ternakan udang seluas 100 ekar yang telah menamatkan operasinya. Agrofood Pristine mengambil alih projek itu tahun lepas.

Chu menegaskan bahawa perjanjian itu dibuat dengan bantuan pengendali projek ternakan udang sebelumnya.

"Perjanjian mereka dengan Noh telah ditandatangani sejak 1995. Kemudian, mereka tidak mahu meneruskan kontrak mereka," katanya.

Chu, yang berasal dari Sekinchan, berkata Ng tidak sepatutnya membuat tuduhan yang tidak berasas terhadap syarikatnya dan meminta ADUN tersebut menyemak faktanya sebelum menuding jari.

[Baca berita penuh]

1. 'Kontrak projek Udang hanyalah perjanjian sewaan'

2. Noh: Saya hanya sewakan tanah untuk projek udang

3. DAP: Dokumen tunjuk Noh Omar terlibat projek udang

4. Noh: Saya tiada pegangan dalam projek udang

5. Penternak udang: Noh Omar cuma tuan tanah

6. DAP dakwa ada projek udang atas 30 ekar tanah Noh Omar

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS