Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA gesa k'jaan tegas pada trend mohon maaf
Diterbitkan:  Aug 10, 2012 2:41 PM
Dikemaskini: 10:50 AM

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA menggesa kerajaan bertegas menghadapi fenomena trend memohon maaf selepas didakwa melakukan kesalahan serius, termasuk dalam isu kritikan terhadap atlit negara Lim Chong Wei,

Presidennya Datuk Ibrahim Ali juga membariskan kes yang menyaksikan pelaku tindakan "biadap" terlepas selepas memohon maaf, seperti isu penghinaan terhadap lagu "Negaraku" oleh Namewee dan pengedaran kartun menghina sahabat Rasululah di Johor baru-baru ini.

NONE "Beliau boleh puas dapat menghina orang dan kemudian hanya perlu mohon maaf sahaja.

"Bagi PERKASA, mereka yang telah melakukan kesalahan tidak boleh dimaafkan sahaja tanpa diambil tindakan undang-undang," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim berkata, pihaknya bimbang fenomena itu mendorong individu bertindak di luar undang-undang kerana tidak berpuas hati.

Menurutnya lagi, tindakan itu juga seolah-olah mengetepikan mahkamah kerana pihak terlibat hanya perlu meminta maaf dan terlepas.

"Kerajaan kena tegas kalau nak kekal keyakinan majoriti rakyat yang senyap; dan rakyat tak hormat undang-undang lagi," katanya yang juga anggota Parlimen Pasir Mas.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS