Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh meminta kontroversi yang berlarutan di antara parti itu dan PAS berhubung pelaksanaan hukum hudud supaya dihentikan.

Beliau meminta pemimpin PAS supaya mengelak daripada mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu kerana pelaksanaan hudud bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.

Katanya, beliau sendiri hanya memberi kenyataan untuk menentang PAS berhubung isu itu kerana menurutnya ia perlu bagi memberi maklum balas.

Karpal menerima pelbagai kritikan atas kenyataannya yang menentang pelaksanaan hukum hudud.

Beliau kembali menyerang PAS dengan mengatakan bahawa penekanan parti itu ke atas hukum hudud bertentangan dengan ketetapan PAS di muktamar parti itu tahun lalu.

Isu berkenaan juga terus dibangkitkan MCA yang menyifatkan DAP sebagai "sida" kerana tidak mampu menghalang PAS dalam perkara itu.

[Baca berita penuh]

ADS