Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO cadang undang-undang cegah jurang pendapatan
Diterbitkan:  Aug 15, 2012 1:41 PM
Dikemaskini: 11:14 AM

Kumpulan NGO mencadangkan undang-undang baru diperkenalkan untuk mengurangkan jurang pendapatan di Malaysia bagi mengelakkan berlaku masalah sosial di masa akan datang.

Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam) dan Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) berkata, statistik semasa menunjukkan sebanyak 40 peratus isi rumah mempunyai pendapatan bulanan RM1,526 dan 20 peratus lagi dengan purata RM10,208 sebulan.

Ini menunjukkan, pendapatan 40 peratus golongan miskin mewakili 14.5 peratus daripada pendapatan negara, manakala 20 peratus daripada keluarga kaya mengawal 51 peratus lagi.

"Perkara ini boleh menyebabkan masalah besar," kata dua kumpulan itu dalam kenyataan bersama mereka.

Mereka juga menegaskan, keadaan itu boleh meningkatkan masalah sosial termasuk penyalahgunaan dadah, penderaan kanak-kanak, pembuangan bayi, masalah jenayah dan penyakit mental.

Justeru, dua kumpulan itu mengambil inisiatif dengan merangka rang undang-undang baru yang turut mencadangkan penubuhan suruhanjaya berkaitan dilakukan bersama.

[Baca berita penuh]

ADS