Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kempen PKR 'turunkan harga kereta' sempena balik kampung

PKR mengambil kesempatan daripada orang ramai yang balik kampung sempena Hari Raya Aidilfitri untuk menyebarkan mesej menghapuskan cukai eksais bagi menyediakan kereta yang lebih murah untuk rakyat.

Petugas parti tersebut sedang mengedarkan 50,000 pelekat di seluruh negara dan usaha ini bermula semalam, dengan mensasarkan pemandu yang meninggalkan Lembah Klang.

NONE Parti pembangkang itu juga turut melancarkan sebuah

lamanweb Facebook untuk menyebarkan mesej tersebut.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beberapa pasukan telah digerakkan untuk mengedarkan pelekat kepada pengguna jalan raya.

"Kami akan mengedarkan pelekat di plaza tol Gombak, plaza tol Duta dan juga plaza tol Sungai Besi bagi menyampai mesej tersebut.

"Pelekat itu juga akan disediakan di ibupejabat PKR di seluruh negara selepas Hari Raya," kata Nik Nazmi.

Sementara itu, timbalan Nik Nazmi, Sim Tze Tzin, yang juga ADUN Padang Jerajak, berkata parti itu berharap rakyat akan menerima kempen tersebut, sepertimana sokongan mereka terhadap kempen 'Hari Tegah Siar Internet' pada hari Selasa.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS