Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Monorel rosak, 200 penumpang terkandas
Diterbitkan:  Aug 17, 2012 2:35 PM
Dikemaskini: 6:36 AM

Perkhidmatan monorel dari stesen Imbi ke Bukit Bintang tergendala hampir sejam pagi ini apabila sebuah tren mengalami kerosakan kecil, menyebabkan kira-kira 200 penumpang terkandas.

Jurucakap KL Star Rail, Azhar Ghazali berkata bagaimanapun kejadian pada jam 8.35 pagi itu tidak menyebabkan kecederaan kepada penumpang.

    

Beliau berkata pihaknya mendapat panggilan daripada pemandu monorel pada 8.45 pagi dan sebuah tren penyelamat dihantar ke lokasi bagi memindahkan penumpang secara "tren-ke-tren" di mana kesemua mereka berjaya dipindahkan 10 minit selepas itu.

    

"Operasi tidak melibatkan pihak luar. Semua penumpang selamat dan ketika kejadian, enjin, pendingin hawa dan lampu monorel berfungsi seperti biasa," katanya kepada Bernama hari ini.

    

Beliau berkata perkhidmatan disambung semula 30 minit kemudian dan punca kejadian masih disiasat.

"Bagi syarikat pengendali KL Star Rail, saya memohon maaf kepada penumpang atas kesulitan tersebut," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS