Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shahrizat 'tutup mulut' berhubung pinjaman NFC

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil 'tutup mulut' terhadap gesaan supaya National Feedlot Corporation (NFC) mengembalikan pinjaman RM250 juta dari kerajaan yang diperolehinya untuk membangunkan lembah daging lembu negara.

Bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu berkata beliau tidak fikir yang beliau perlu menjawabnya.

Shahrizat diminta mengulas gesaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli supaya pinjaman itu dibayar balik ekoran adanya rancangan untuk menender semula projek pusat fidlot nasional.

Berikutan tuduhan bahawa NFC yang dimiliki suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail telah menyalahgunakan pinjaman itu untuk membeli hartanah mewah dan cuti, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar telah mengumumkan rancangan untuk menender semula projek itu.

Pada 12 Mac, Mohamad Salleh didakwa menyelewengkan RM9,758,140 dalam kapasitinya sebagai pengarah NFC, bagi membiayai pembelian dua kondominium di 'One Menerung' di Bangsar antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd di Taman Tun Dr Ismail.    

       

Tuduhan kedua melibatkan pemindahan RM40 juta ke dalam akaun National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd antara 6 Mei dan 16 November  2009, di mana Mohamad Salleh dan seorang daripada anaknya adalah pengarah.   

Beliau didakwa di bawah Seksyen 409 akta Syarikat 1965.

    

Mohamad Salleh juga didakwa di bawah Seksyen 132(2)(a) akta yang sama kerana menggunakan aset syarikat untuk membiayai sebahagian pembelian kondominium itu tanpa kelulusan syarikat. 

Shahrizat ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan Hari Raya kepada waris pesakit Skim D'titik dan warga kerja Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

 

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS