Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok
Diterbitkan:  Aug 18, 2012 9:43 PM
Dikemaskini: 1:44 PM

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

    

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

    

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 19 Ogos 2012," katanya.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS