Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Majlis Daerah Raub tolak permohonan Himpunan Hijau
Diterbitkan:  Aug 21, 2012 5:22 PM
Dikemaskini: 9:32 AM

Majlis Daerah Raub telah menolak permohonan kumpulan alam sekitar, Himpunan Hijau, untuk mengadakan demonstrasi di Dataran Raub membantah Lombong emas Bukit Koman pada 2 September.

NONE Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Bertindak Haramkan Sianida berkata majlis itu menjawab permohonan mereka pada 17 Ogos dengan menyatakan bahawa Dataran Raub telah pun ditempah untuk aktiviti lain.

"Jawatankuasa ini sangat tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut. Sebelum menetapkan tarikh, kita sudah periksa dan

mendapati tidak ada aktiviti di padang itu pada hari berkenaan," kata pengerusi jawatankuasa Wong Kin Hoong (kiri).

Wong berkata majlis daerah itu melanggar hak pembayar cukai dengan menghalang mereka menggunakan kemudahan awam.

bukit koman mining lake 310107 "Ini juga satu penghinaan kepada usaha-usaha perdana menteri untuk menggalakkan ketelusan dan pembaharuan," katanya.

Wong berkata jawatankuasa itu mengutuk sekeras-kerasnya

tindakan majlis tersebut yang didakwanya telah menafikan hak awam mereka terhadap kebebasan berhimpun yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Jawatankuasa itu telah menjawab balik kepada majlis itu pada hari yang sama ia menerima  notis tersebut, dengan meminta butiran aktivi yang dikatakan akan diadakan di situ serta meminta untuk berdialog dengan pihak majlis.

[Baca berita penuh]

ADS