"Kami menyeru Pandelela supaya tidak membiarkan dirinya dimanipulasi politik dan menasihati beliau supaya menolak 'hadiah istimewa' dari Taib secara sopan," demikian menurut kenyataan BMF semalam.
K
etua menteri dilaporkan telah menjanjikan hadiah sejurus selepas Rinong memenangi pingat gangsa dalam acara terjun 10-meter wanita pada 10 Ogos dan muncul sebagai wanita Malaysia pertama memenangi pingat pertama du Olimpik.
Tanpa mendedahkan apakah hadiahnya, Taib (kanan) telah dipetik sebagai berkata beliau akan menyampaikannya selepas bertemu dengan Rinong.
Pandelela dilaporkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching awal hari ini.
[Baca berita penuh]