Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Akhbar UK singkir kolumnis isu hubungan M'sia-FBC
Diterbitkan:  Aug 27, 2012 11:38 AM
Dikemaskini: 3:49 AM

Akhbar berpengaruh United Kingdom The Guardian menamatkan kontrak dengan kolumnis konservatif Amerika Syarikat (AS) Joshua Trevino ekoran kegagalannya mendedahkan hubungan dengan agensi yang menjalankan kerja-kerja media untuk kerajaan Malaysia,

Dalam kenyataan akhbarnya pada Jumaat, harian itu berkata tindakan itu diambil berdasarkan kod etika sidang redaksi yang digunakan mereka.

NONE "Bawah garis panduan kami, hubungan antara Joshua dan agensi itu harus didedahkan sebelum tulisannya disiarkan bagi memberi kejelasan penuh kepada pembaca," kata Ketua Pengarang The Guardian AS Janine Gibson.

Trevino, yang berkhidmat untuk The Guardian AS awal bulan ini turut bertindak sebagai perunding untuk FBC Media - agensi yang diupah kerajaan Malaysia untuk menggilap imej negara di peringkat antarabangsa.

Menurut harian itu, Trevino bawah FBC Media mengendalikan laman web dikenali sebagai Malaysia Matters .

[Baca berita penuh]

ADS