Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu air: S'gor akan kemuka butiran penstrukturan semula

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan mengemukakan butiran mengenai tawaran penstrukturan semula bekalan air kepada empat syarikat pengendali air di Selangor pada bulan depan.

"Kita akan bentang cadangan dan kertas kerja pada minggu kedua bulan September.

NONE "Kita akan tawarkan (cadangan itu) kepada empat syarikat yang

mempunyai operasi air di Selangor," katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.

Penstrukturan semula itu akan melibakan empat pengendali perkhidmatan air di negeri itu - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, Konsortium Abbas Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd dan Puncak Niaga Holdings Bhd.

Dalam sidang media sama, Khalid turut membidas kenyataan Menteri Teknologi, Tenaga Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui semalam yang mendakwa pembinaan empangan Langat 2 tidak akan menyebabkan sebarang kos tambahan kepada rakyat Selangor.

Menurut Khalid, kenyataan Peter Chin menunjukkan menteri itu masih kurang arif dengan selok belok kewangan negara.

"Saya ingat Peter Chin masih belum faham isu pembinaan Langat 2 ini.

"Ia tetap memerlukan dana dan dana itu mesti juga dibayar menerusi cukai atau kos tarif. Tak ada satu pun perkara percuma.

"Kalaupun dia bagi geran kepada Selangor, ia adalah hasil kutipan

cukai rakyat yang sudah kita bayar," tegasnya sewaktu mengulas

kenyataan Peter Chin itu, seperti dilaporkan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu semalam.

VIDEO l 2.41 min

ADS