Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu berkata kerajaan telah memberi jaminan kepadanya dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa Seksyen 114A Akta Keterangan tidak akan disalahgunakan.

NONE Jaminan itu, kata beliau, diberikan oleh Datuk Seri Mohd Nazri  Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, apabila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil beliau dan Saifuddin semalam berhubung pandangan mereka yang bertentangan dengan kerajaan berkaitan seksyen tersebut.

Katanya, mereka telah diberi jaminan tersebut dan mereka berpegang kepada kata-kta Nazri berhubung perkara itu.

Oleh itu dan selaku anggota kerajaan, Gan berkata, beliau akan mematuhi keputusan kabinet untuk mengekalkan klausa dalam Akta Keterangan dan akan memantau pelaksanaannya.

Gan berkata, agensi-agensi penguatkuasa tidak akan begitu "bodoh" untuk mendakwa mereka yang tidak bersalah tetapi menegaskan bahawa beliau akan membangkitkan lagi perkara itu sekiranya  undang-undang tersebut disalahgunakan.

[Baca berita penuh]

Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS