PKR tingkat kawalan pada bas jelajah

Kawalan keselamatan akan dipertingkatkan bagi menjaga bas milik PKR yang digunakan untuk siri jelajah Merdeka Rakyat.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau tidak menyangka kejadian yang berlaku pada 1 September lalu berlaku di sebuah negara yang aman.

NONE"Kita telah meningkatkan kawalan keselamatan dengan memberi amaran kepada skuad AMK (Pemuda PKR ), sukarelawan supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk menjaga bas.

"Saya tak sangka, negara yang aman akan berlaku ancaman seperti ini," kata Wan Azizah kepada pemberita di ibu pejabat PKR hari ini.

Wan Azizah berkata bas tersebut, yang diserang ketika program jelajah tersebut berada di Kota Bharu, Kelantan pada 1 September lalu, kali ini juga akan disertai dengan satu lori treler.

Menurut Wan Azizah, treler tersebut akan digunakan bagi membawa alatan untuk membina pentas bagi mengadakan ceramah.

"Selain bas, treler ini kita akan gunakan untuk ceramah-ceramah. Bas hanya ada pentas yang kecil. Treler ini untuk pentas yang lebih besar," katanya lagi.

NONESementara itu, pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata treler untuk mengisi alatan membuat pentas ini juga akan digunakan oleh seketariat PKR bagi membina pentas.

"Pentas ini akan didirikan di padang-padang bagi hadirin berkapasiti besar. Sebelum ini kalau kita menyewa alatan pentas semua, melibatkan kos yang tinggi. Jadi, dengan treler yang bawa alatan ini, dapat jimatkan sikit.

"Berbeza dengan bas, bas akan masuk ke kawasan kampung, menghadiri majlis-majlis. Pentas di bas juga kecil," kata Nik Nazmi.

Tambahnya, idea untuk memiliki bas dan treler ini diilhamkan oleh Anwar Ibrahim dan juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sejak tahun 2007 lagi.

Ketika ditanya, Nik Nazmi berkata, treler berkenaan juga mungkin dibiayai oleh Khalid.

Khalid dalam penjelasannya sebelum ini berkata, beliau membiayai sepenuhnya bas yang diubahsuai itu "tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.

Dalam insiden pada awal pagi 1 September lalu, bas yang digunakan bagi Jelajah Merdeka Rakyat itu dibaling cat merah dan cermin hadapan juga dipecahkan oleh individu yang tidak dikenali.

VIDEO l 2.11 min

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.