Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin mengesahkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang kerana beliau mempunyai tugas yang lebih "menarik" menunggunya.

NONE

Tetapi Shaik Hussein, yang juga ketua Pemuda Umno Bagan berkata beliau tidak bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sahaja, tetapi bersedia bertanding dalam pilihan raya selepas itu.

Atas sebab tersebut, katanya, beliau berasa teruja dengan kehadiran Ketua Menteri Lim Guan Eng dan merancang menjejaki ke mana sahaja beliau pergi sewaktu kempen politik yang akan datang.

Sambil berseloroh Shaikh Hussien berkata, sekiranya Guan Eng bercakap di satu tempat pada waktu pagi, beliau akan ke sana bercakap melawannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membayangkan isyarat yang paling kuat bahawa pilihan raya umum mungkin diadakan pada bulan November, walaupun beberapa pemimpin parti percaya beliau akan berkhidmat sepenuh penggal sehingga bulan Mac tahun depan.

Shaik Hussein menegaskan demikian ketika berucap kepada kira-kira 300 perwakilan Pemuda Umno di Bayan Baru semalam, sebelum melancarkan jentera pilihan raya bahagian.

Hadir sama ialah beberapa rakan sejawatannya dalam BN, dari Gerakan, MCA, MIC dan Parti Progresif Rakyat.

[Baca berita penuh]

ADS