Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
GMI: Laporan pro-ISA untuk hidupkan semula akta zalim

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) memepertikai laporan akhbar The New Straits Times yang mempertahan penahanan suspek jenayah pemerdagangan manusia bawah ISA.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, beliau percaya perkara itu dibangkitkan untuk menunjukkan kepentingan ISA.

NONE "GMI percaya hal ini dibangkitkan dengan tujuan untuk menunjukkan betapa ISA penting bagi mengekang perilaku jenayah tegar sedangkan ISA sudah dimansuhkan.

"Ia seolah-olah mahu menjustifikasikan agar ISA dihidupkan kembali," katanya.

The New Straits Times selama tiga hari berturut-turut bermula 10 September melaporkan pada halaman depannya berita tahanan ISA yang masih terbabit dengan jenayah perdagangan manusia dari dalam penjara.

Laporan berkenaan memetik kenyataan tahanan ISA yang antara lain berkata, Akta Pemerdagangan Manusia 2007 tidak cukup ketat kerana masih terdapat lompong perundangan bagi mereka melepaskan diri daripada sebarang dakwaan.

NONE Dalam laporan sama, tahanan ISA juga didakwa menghubungi konco-konco mereka dari dalam penjara bagi mengurus rangkaian jenayah.

"Kenyataan ini boleh diragui kerana setiap panggilan yang dibuat akan dikawal rapi dan hanya perbualan berbentuk kekeluargaan dibenarkan.

"Sekiranya panggilan yang dibuat disyaki boleh mendatangkan risiko, ia akan ditamatkan," kata Syed Ibrahim yang sering menguruskan lawatan keluarga tahanan ISA ke Kem Tahanan Kamunting.

Gambarkan tahanan bersalah

Laporan NST itu, kata Syed Ibrahim, perlu dipandang serius kerana ia menyampaikan mesej tahanan ISA adalah pesalah walaupun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.

GMI tidak bertolak-ansur dengan sebarang bentuk jenayah namun prinsip kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia perlu dihormati," tambahnya.

NONE Katanya lagi, walaupun sudah setahun perdana menteri mengumumkan pemansuhan ISA, masih terdapat 30 orang lagi ditahan di Kem Tahanan Kamunting mengikut undang-undang itu.

"Kerajaan mansuhkan ISA kerana mengakui kewujudannya sebagai undang-undang pencegahan sudah tidak relevan.

"Oleh itu, apa rasionalnya kerajaan membiarkan tahanan dikurung di bawah undang-undang yang tidak relevan ini," kata pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.

Sementara itu, seorang tahanan ISA yang baru dibebaskan 17 Ogos lalu, Fadzullah Abdul Razak berkata beliau berpesan kepada tahanan lain agar tidak terlalu gembira dengan pengumuman itu yang dibuat pada pada Hari Malaysia tahun lepas.

"Adakah mereka akan dibebaskan menjelang pilihan raya? Kita pun belum tahu.

"Apa sebenarnya Janji Ditepati mereka (kerajaan)?

"Mereka ini dijadikan tebusan politik, kalau ada perkara yang mendatangkan kebaikan kepada mereka (kerajaan), barulah tahanan ini dibebaskan," katanya.

VIDEO l 7.05 min

ADS