Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dikehendaki: Pakar kesihatan bebas siasat Bukit Koman

Jawatankuasa Bertindak Anti-Sianid (BCAC) telah diberi masa "dua hingga tiga minggu"  lagi untuk mencari seorang pakar kesihatan bebas bagi menyertai pasukan penyelidikan bersama dengan Kementerian Kesihatan.

Jawatankuasa itu sepatutnya mendapatkan seorang pakar kesihatan awam asing semalam  untuk menyertai pasukan itu tetapi berdepan dengan masalah pembiayaan

Perkara itu didedahkan semasa mesyuarat BCAC dengan pasukan kementerian kesihatan yang diketuai oleh pengarah unit kawalan penyakit, Dr Chong Chee Keong di Putrajaya.

Ditubuhkan bulan lepas, jawatankuasa bersama itu dipertanggungkan dengan tugas menyiasat dakwaan bahawa penduduk Bukit Koman mengalami masalah kesihatan ekoran penggunaan sianid dalam proses pengekstrakan emas oleh lombong emas di situ.

NONE Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat selama dua jam

itu, Penasihat BCAC, Tan Hui Chun (kiri dalam foto) berkata jawatankuasa itu tidak mampu mendapatkan khidmat seorang pakar asing kerana kementerian kesihatan hanya menyediakan pembiayaan separa.

"Nampaknya kita perlu mencari pembiayaan diri," katanya.

Ketika dihubungi selepas itu, Dr Chong berkata kementerian kesihatan tidak dapat membantu BCAC mendapatkan seorang pakar asing dan sebaliknya mengesyorkan mereka mendapatkan perkhidmatan pakar tempatan.

bukit koman mining lake 310107 "Kita mempunyai begitu ramai pakar di negara ini, mereka tidak perlu cari pakar asing," katanya.

Dr Chong juga menafikan dakwaan BCAC bahawa pasukannya

telah mengaku semasa mesyuarat tersebut bahawa terdapat jumlah masalah kesihatan yang "tidak normal" di Bukit Koman.

Katanya, beliau telah membentangkan beberapa statistik semasa mesyuarat tersebut yang mendapati 60 daripada 200 penduduk yang mendapatkan rawatan, mengalami "masalah kecil pada kulitl".

Dr Chong tidak ingat sama ada beliau ada menyebut "tidak normal", tetapi menegaskan beliau telah bersetuju bahawa kementerian akan meneliti perkara itu berdasarkan angka di atas.

Kedua-dua pihak akan bertemu sekali lagi pada 18 Oktober.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS