Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kira-kira 1,000 penyokong NGO pendidikan Cina Dong Zong hari ini berhimpun di Padang Merbok di ibu negara bagi mendesak kerajaan lebih mengambil berat sekali gus menyelamatkan pendidikan Cina.

Perhimpunan tersebut diketuai Presiden Dong Zong Yap Sin Tien berhimpun di padang tersebut kira-kira tiga puluh minit bermula jam 10.40 pagi.

NONE Dalam ucapannya, Yap antara lain mengemukakan lapan masalah berkaitan masalah pendidikan Cina yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

Antaranya kata Yap, sekolah rendah kebangsaan Cina masih kekurangan guru dan peruntukan.

Kemudian beliau dan 19 wakil Dong Zong berarak ke parlimen bagi menghantar memorandum kepada semua ahli parlimen, parti politik dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mendesak supaya kerajaan memberi perhatian yang lebih adil kepada masalah yang dibangkitkan

Mereka mengharapkan semua pihak membangkitkan perkara ini dalam parlimen.

Mereka juga membawa pelbagai kain rentang dan poster bagi menuntut keadilan berhubung isu tersebut.

ADS