Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tindakan kerajaan Selangor memberikan 'kata dua' 14 hari kepada kerajaan untuk menjawab berhubung rancangan penstrukturan air negara tidak sesuai kerana ia isu yang rumit, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin.

Katanya, perkara dibangkitkan dalam surat Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim lebih rumit dan melibatkan aspek yang lebih besar, termasuk dasar pemantauan dan peruntukan dana khusus.

NONE "Dengan semua ini, kami tidak boleh senang-senang beri tarikh akhir... (dan kata) jika kamu tak jawab, saya anggap kamu setuju.

"Saya rasa ini tidak betul, ia seperti memberi kata dua," kata Chin sambil menegaskan kerajaan masih bersedia berbincang dengan kerajaan Selangor berhubung isu itu.

Kerajaan Selangor pada 19 September memberikan 14 hari kepada kerajaan persekutuan untuk memberi maklum balas kepada cadangan penstrukturan air di negeri itu.

Kegagalan berbuat demikian, kata Khalid, akan menyebabkan Selangor meneruskan penstrukturan air di negeri itu walaupun tanpa sokongan dan penyertaan kerajaan persekutuan.

[Baca berita penuh]

ADS