Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri telah menjemput kumpulan masyarakat India, termasuk Hindraf, untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan bagi mencari satu penyelesaian kepada masalah yang sudah lama dihadapi masyarakat tersebut.

"Ini adalah jemputan terbuka bagi pihak kerajaan. Kita menjemput Hindraf kerana kita tahu mereka adalah yang paling lantang," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, sambil menambah bahawa perdana menteri, dengan pendekatan baru, akan mendengar padangan mereka.

"Kami merasakan walaupun ia kumpulan yang paling ekstrem seperti Hindraf, kita akan menemui mereka kerana ia adalah satu pendekatan inklusif," kata Mohd Nazri kepada pemberita hari ini.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia untuk bertemu dengan pemimpinnya, termasuk adik beradik P Waythamoorthy dan P Uthayakumar, untuk membincangkan isu-isu yang dihadapi kaum India kerana keadaan "sangat kritikal" bagi masyarakat tersebut.

Pengumuman itu dibuat selepas pemimpin Hindraf mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen minggu lepas.

VIDEO l 1.48 min

[Baca berita penuh]

ADS