Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

dikemaskini Polis kini telah meluaskan siasatan mereka ke atas juruukur kuantiti Ahmad Abd Jalil yang didakwa menghina Sultan Johor, kini merangkumi keluarganya di Kuala Lumpur.

Pada kira-kira jam 6.20 pagi tadi, empat pegawai polis dari Johor Bahru tiba di rumah keluarganya di Klang. Malaysiakini telah dimaklumkan mengenainya oleh peguam Ahmad, Fadiah Nadwa Fitri.

NONE Ketika dihubungi, kakak Ahmad, Asiah (kiri) berkata sepasukan polis

yang diketuai oleh pegawai yang bernama ASP Tan, telah menemuai keluarganya untuk mengambil kenyataan mereka.

Pihak polis berkata, mereka mahu mengambil kenyataan daripada empat lagi anggota keluarga Adam - bapanya, adik lelakinya Adam dan saudara kembarnya Ali.

Polis juga telah meminta untuk mengeledah rumah mereka, kata Asiah.

"Kami enggan untuk memberi kenyataan sehingga kita ada peguam, dan sehingga kes Ahamd diselesaikan," kata Asiah, 30, seorang pelajar undang-undang, kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, katanya, anggota polis berkenaan sangat profesional dan menunggu mereka bersiap sebelum mula mengeledah.

Walaupun pada mulanya mereka merasa takut, tetapi menurut Asiah, anggota polis tersebut sangat sopan.

"Kami tahu mereka hanya menjalankan tugas mereka," katanya, sambil menambah bahawa mereka akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak polis demi keselamatan dan pembebasan Ahmad.

Ahmad, seorang juruukur kuantiti, 27, telah ditangkap pada hari Jumaat dan dibawa ke Johor Bahru untuk disiasat atas dakwaan menghina Sultan Johor di Facebook.

Selepas direman tiga hari, beliau ditangkap semula di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Ahmad direman kali kedua selama tiga hari yang berakhir hari ini tetapi peguam Fadiah berkata tiada perkembangan terbaru mengenai kes itu setakat ini.

Beliau mempunyai 10 adik-beradik dan beberapa daripada mereka menghadiri perhimpunan nyalaan lilin anjuran Suaram malam tadi di Dataran Merdeka.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Johor Bahru, Nor Azizan Anan telah berkata pihak polis telah membuat dua laporan terhadap portal berita Malaysiakini dan Malaysian Insider di bawah 500 Seksyen kerana dakwaan fitnah jenayah.

Menurutnya, mereka juga akan menyiasat keluarga Ahmad bagi membantu siasatan mereka.

Sehingga kini, Ahmad dan keluarganya masih tidak tahu posting mana yang didakwa menghina Sultan Johor.

[Baca berita penuh]

ADS