Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kong: Saya tiada kaitan dengan pemegang saham kontraktor AES
Diterbitkan:  Nov 8, 2012 12:10 PM
Dikemaskini: 4:34 AM

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata beliau tidak mempunyai obligasi, tanggungjawab atau kepentingan, untuk mengetahui identiti dan latar belakang pemegang saham terbesar salah sebuah daripada dua kontraktor bagi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Menurut laporan berbahasa Cina, Oriental Daily News , Kong (kanan) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, berkata beliau tidak mempunyai hubungan dengan pemegang saham tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa tender AES telah dibuka oleh kerajaan pada tahun 2006 dan kabinet bersetuju untuk memberikan kontrak tersebut kepada dua firma berkenaan pada tahun 2008 sebelum beliau dilantik sebagai menteri pengangkutan.

Pada hari Isnin, ahli jawatankuasa pusat PKR, Chang Lih Kang mendakwa bahawa salah satu daripada dua syarikat yang diberikan kontrak AES itu, mempunyai hubungan dengan Umno Johor.

ADUN Teja itu mendakwa bahawa pemegang saham terbesar firma itu adalah anak sulung kepada dua pemimpin Umno terkenal di Johor.

[Baca berita penuh]

ADS