Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy berkata sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ingin bertemu dengan pergerakan itu, kerajaan mesti menggugurkan pengharaman Hindraf.

Waythamoorthy berkata beliau terkejut dengan hasrat kerajaan untuk bertemu Hindraf, selepas beliau menghantar jemputan untuk berjumpa Najib dan juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ogos lalu sebaik sahaja kembali dari buangan.

"Minggu lepas saya bertemu dengan Anwar, dan baru-baru ini, kami mengadakan pertemuan dengan Mursyidur Am PAS (yang menteri besar Kelantan) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu," katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak terlalu ghairah dengan jemputan PM kerana bimbang ia akan digunakan oleh BN untuk mendapatkan keuntungan politik memandangkan pilihan raya sudah dekat.

"Bagaimanapun, jika Najib ikhlas untuk bertemu dengan Hindraf, beliau hendaklah terlebih dahulu menggugurkan pengharaman Hindraf dan kemudian baru kita bincang," katanya kepada Malaysiakini.

[Baca berita penuh]

ADS