Ahmad didakwa dan dibebas dengan ikatjamin

Peguam Fadiah Nadwa Fikri berkata Ahmad Abdul Jalil telah didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan dikehendaki hadir ke mahkamah untuk sebutan pada 28 November.

"Kami sedang merayu tuduhan terhadapnya, tetapi kami amat bersyukur beliau telah dibebaskan sekarang," kata Fadiah.

Fadiah berkata keluarga Ahmad berada bersamanya untuk membawanya pulang ke rumah dan telah membayar ikatjamin tersebut.

Mereka telah menyatakan kesyukuran atas keselamatannya.

Ahmad, 27, seorang juruukur bahan, telah ditangkap pada hari Jumaat dan dibawa ke Johor Bahru untuk disiasat kerana didakwa menghina Sultan Johor di Facebook.

Selepas direman tiga hari, Ahmad ditangkap lagi dan direman selama tiga hari lagi.

Ahmad mempunyai 10 adik-beradik dan beberapa orang daripada telah menghadiri himpunan nyalaan lilin anjuran Suaram malam tadi di Dataran Merdeka.

Pagi ini, empat anggota polis dari Johor, yang diketuai oleh seorang ASP Tan, telah datang dan mengeledah rumah keluarga Ahmad di Klang.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.