Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekalan tenaga elektrik yang terputus dan menjejas Kuching serta kawasan barat Sarawak pada 7 malam ini berpunca daripada dua talian penghantaran 275 kV di Engkilili-Mambong terpelantik tanpa diduga, kata Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Sarawak Energy Haniza Abdul Hamid.

Beliau berkata 60 peratus bekalan elektrik itu dipulihkan pada kira-kira 8.25 malam dari stesen janakuasa Sg Biawak dan Sejingkat di Kuching.

"Sarawak Energy memohon maaf aras sebarang kesulitan yang timbul. Kami akan memaklumkan adan jika terdapat sebarang kemajuan," katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkat (SMS).

Beliau berkata pihak berkenaan sedang memaksimumkan penjanaan kuasa berikutan gangguan bekalan yang menyebabkan kebanyakan rumah dan pelanggan restoran terpaksa makan malam bertemankan lilin serta wang tiket mereka yang berhasrat menonton wayang dikembalikan di sekitar bandar terbabit.

Antara bahagian Kuching yang terjejas ialah Batu Kawah, Petra Jaya, Satok, Poh Kwong Park, Matang dan Kota Padawan.

- Bernama

ADS