Lebuh raya tawar diskaun tol sempena Deepavali

Sempena perayaan Deepavali, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) menawarkan diskaun tol 60 sen kepada penggunanya, kata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

plus highway 050105 toll boothsLLM dalam satu kenyataan berkata Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) pula menawarkan diskaun tol 20 sen.

Bagi kedua-dua lebuh raya itu, tawaran diskaun berkenaan melibatkan semua kelas tunai dan sistem kutipan tol secara elektronik (ETC).

Diskaun lima peratus pula ditawar bagi semua kelas tunai di Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE).

Ketiga-tiga lebuh raya itu ialah antara lebih 20 lebuh raya yang menawarkan diskaun atau rebat tol sempena perayaan Deepavali dan Awal Muharam minggu ini.

-Bernama
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.