Mohamad Asfia kekal sebagai speaker DUN S'wak

Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dilantik semula sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk tempoh empat tahun mulai 15 Nov ini.

Lantikan kali keenam itu berkuatkuasa sehingga 14 Nov 2016 selepas lantikan kali kelima berakhir 14 Nov ini.

Istiadat mengangkat sumpah oleh Mohamad Asfia, 65, berlangsung di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, di  Dewan Lapau, Bangunan DUN, Petra Jaya di Kuching, hari ini.

Pada istiadat itu, beliau turut menandatangani surat sumpah sebagai Speaker DUN.

Mohamad Asfia kali pertama dilantik sebagai Speaker DUN pada 15 Nov 2000 untuk tempoh dua tahun.

Turut hadir pada majlis istiadat angkat sumpah itu ialah para menteri Kabinet negeri, ketua-ketua jabatan kerajaan dan ketua-ketua  masyarakat di Sarawak.

- Bernama

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.