Himpunan Hijau sedia jalan kaki 300km

Tidak kira sama ada hujan atau panas, peserta Himpunan Hijau akan tetap menyempurnakan jalan kaki sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur selama 12 hari bermula esok.

NONE"Walaupun dijangka hujan lebat, tiada apa yang boleh menghalang kita," kata pengerusi himpunan itu, Wong Tack ketika dihubungi Malaysiakini.

Selain itu, penyelaras logistik Vincent Ooi pula berkata, kira-kira 40 kumpulan itu akan berlindung sekiranya hujan terlalu lebat.

Menurut Vincent, bagi mengelak berjalan di bawah cuaca terik, peserta himpunan akan berjalan pada jam 5:00 hingga 10:00 pagi dan 4:00 hingga 7:00 petang setiap hari.

Penganjur himpunan juga akan menyediakan penginapan 'homestay' kepada peserta di setiap tempat sehenti.

"Kami masih belum dapat penginapan di Maran. Kita mungkin perlu tidur dalam khemah berhampiran Majlis Daerah Maran," kata Vincent.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.