Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hee umum pertahan Jelapang dengan tiket BN
Diterbitkan:  Nov 14, 2012 12:58 PM
Dikemaskini: 9:57 AM

ADUN bebas Jelapang Hee Yit Foong, salah seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat yang berpaling tadah pada 2009, mengumumkan untuk mempertahankan kerusi itu dengan tiket BN pada pilihan raya akan datang.

Dalam satu wawancara disiarkan akhbar berbahasa Cina Oriental Daily News semalam, Hee berkata beliau akan bertanding kerusi yang dirampas Pakatan pada 2008 itu "bawah bendera BN".

Ketika diminta menjelaskan mahlis "bawah bendera BN" itu, Hee berkata beliau menyerahkan kepada perdana menteri dan juga pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak untuk mengumumkan maklumat lanjut.

hee yit foong interview 010209 02 Beliau mendakwa MCA tidak akan meletakkan calon "dalam semangat BN", namun menjelaskan bahawa perkara itu mungkin akan bertukar di saat akhir.

Hee, yang merupakan anggota DAP sebelum berpaling tadah, menewaskan calon MCA dan PSM dalam pilihan raya 2008 dengan majoriti 6,707 undi.

Ditanya sama ada beliau mungkin akan diminta memberi laluan untuk calon BN, Hee berkata "kami akan fikir mengenainya".

Hee keluar DAP pada 4 Februari 2009 dan menyokong BN bersama barisan ADUN PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering).

ADUN Bota Nasarudin Hashim, yang berpaling tadah kepada Pakatan, bertukar fikiran dan kembali kepada Umno.

Perkembangan ini menyebabkan BN berjaya menguasai 31 kerusi berbanding 28 kerusi Pakatan di Perak dan seterusnya menyebabkan perubahan kuasa di negeri Perak.

[Baca berita penuh]

ADS