Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ketepi perbezaan politik untuk bina negara, kata PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa rakyat, terutama golongan muda mengenepikan fahaman politik dalam proses membina negara dan meminta masyarakat menterjemah harapannya untuk "mentransformasi negara".

Dalam ucapannya ketika melancarkan program galakan inovasi – Cabaran Genovasi di Kuala Lumpur hari ini, Najib turut memberikan komitmennya untuk mendengar suara rakyat dalam proses tersebut.

"Kita mesti bina negara ini tanpa mengira perbezaan politik kita. Proses membina negara ini mustahak dan saya mahu dengar suara anda," kata Najib.

NONE Menurutnya lagi, semangatnya untuk mentransformasi negara terus utuh dan beliau memerlukan dokongan orang ramai untuk menterjemahkan harapannya menjadi realiti dalam proses itu.

"Semenjak menjadi PM saya sudah banyak bercakap tentang transformasi negara. Saya serius dan begitu bersemangat tentang perkara ini.

"Saya juga punya banyak harapan terhadap Malaysia dan harap ia dapat diterjemahkan kepada realiti," katanya.

Beliau meluangkan kira-kira satu jam di pelancaran program anjuran Agensi Inovasi Malaysia (AIM) itu.

Cabaran Genovasi adalah sebahagian daripada inisiatif Genovasi yang dilancarkan Najib Ogos lalu.

AIM sebelum ini turut melancarkan program duta inovasi yang akan diperincikan lagi tahun hadapan bersama Cabaran Genovasi.

ADS