Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Exco kanan kerajaan Selangor Ronnie Liu hari ini berkata, beliau mendapat maklumat bahawa Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Datuk Zainal Abidin A'ala telahpun diarahkan bertukar.

Liu percaya arahan pertukaran itu dibuat ekoran kenyataan Zainal pada 30 Oktober lalu yang menafikan dakwaan BN bahawa projek kondominium Dolomite Park Avenue itu diluluskan semasa pentadbiran Pakatan Rakyat.

NONE "Saya rasa sedih kerana kita akan kehilangan seorang YDP yang rajin dan telah membuktikan beliau boleh tangani isu-isu penting.

"Tapi sekarang tiba-tiba dia dapat arahan ditukarkan ke tempat lain. Jadi jangan salahkan saya kalau saya rasa ini merupakan satu tindakan yang luar biasa.

"Saya rasa tidak puas hati (dengan pertukaran) selaku ketua kepada kerjaan tempatan di negeri Selangor," katanya yang mendakwa mendapat tahu mengenai perkara itu pada Jumaat lalu.

Semakan Malaysiakini dengan pejabat MPS petang ini mendapati, Zainal Abidin diarahkan bertukar ke ibu pejabat Institut Tadbiran Awam Negara berkuat kuasa esok.

Seorang pegawai di bahagian hal ehwal korporat itu, yang memperkenalkan diri dengan nama Mohd Zin mengesahkan perkara itu dan berkata, hari ini merupakan hari terakhir Zainal berkhidmat di MPS.

NONE "Ini perkara biasa di kalangan pegawai PTD (pegawai tadbir dan diplomatik)," katanya ketika dihubungi.

Beliau menambah, arahan pertukaran tersebut hanya diketahui pagi ini.

Projek kondominium itu diluluskan pada 2007 oleh MPS semasa kerajaan negeri berada bawah pentadbiran BN.

MIC baru-baru ini menganjurkan demonstrasi bagi membantah pembinaan projek berkenaan yang terletak hampir dengan kompleks kuil popular di Batu Caves.

Ekoran itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan supaya kerja pembinaan itu dihentikan manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berjanji untuk membatalkan projek tersebut - sekiranya BN berjaya merampas pentadbiran Selangor.

mediarakyat talkshow 160312 lee khai loon Sementara itu, seorang ahli majlis MPS Lee Khai Loon berkata beliau percaya bahawa pertukaran Zainal Abidin itu, selepas hanya berkhidmat selama lebih setahun, bersifat politik.

Beliau memberi alasan, Zainal Abidin seorang yang profesional dan memberi kerjasama dengan kerajaan negeri.

"YDP itu ditugaskan untuk menyiasat bagaimana projek itu diluluskan pada awalnya," katanya yang menambah Zainal Abidin juga bertanggungjawab menandatangani perintah menghentikan kerja-kerja pembinaan itu.

Berbeza dengan ahli majlis, pelantikan ketua kerajaan tempatan berada bawah bidang kuasa jabatan perkhidmatan awam persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.

ADS