Pelakon turut sokong perarakan hijau Kuantan-KL

Perarakan Himpunan Hijau sejauh 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur turut disertai seorang selebriti yang merupakan pelakon komedi Singapura, Tay Yin Yin yang dilahirkan di Kuantan.

NONETay, yang membintangi filem-filem Singapura Where Got Ghost dan
Ghost Must be Crazy
, dijadualkan menyertai perjalanan tersebut sama ada esok atau hari  berikutnya.

Menurut Ketua Publisiti Himpunan Hijau, Lee Chean Chung, Tay merancang untuk bersama-sama dengan kumpulan itu sepanjang perjalanan hingga ke Parlimen. Mereka dijangka tiba pada 26 November.

Perjalanan itu yang bermula semalam, adalah satu bentuk bantahan terhadap keputusan membenarkan operasi kilang penapisan nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, yang terletak di utara Kuantan.

Lee berkata perarakan tersebut semakin mendapat sambutan apabila
beberapa kumpulan dari Kuantan dan negeri-negeri lain, turut menyatakan kesediaan untuk menyertai mereka.

Pujian untuk unit amal PAS


NONESeorang aktivis dari Johor, Chong Chun Yet memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dan keluarganya seramai empat berhasrat untuk menyertai perjalanan itu sebagai tanda perpaduan dengan penduduk Kuantan.

Chong,  dari kumpulan yang dikenali sebagai Johor Yellow Flame, adalah antara aktivis yang membantah pembinaan projek penapisan minyak dan gas Petronas di Pengerang.

Terdahulu hari ini, kumpulan seramai 51 itu bergerak selama sembilan jam dari Gambang ke Seri Jaya, di mana mereka akan bermalam di dewan pelbagai guna.

Wong juga menyatakan penghargaan kepada pasukan unit amal PAS yang mengiringi mereka sepanjang perjalanan tersebut.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.