Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Komitmen Mat Sabu isytihar harta jika tanding p'raya

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu malam tadi mengumum langkah awal dengan memberi komitmen untuk mengisytihar harta jika beliau dicalonkan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

 

Komitmen itu dibuat sebagai contoh bagi mencapai matlamat membentuk tadbir urus kerajaan yang baik memandangkan Pakatan Rakyat, yang menurutnya, kini berada di ambang kemenangan dalam pilihan raya.

Mohamad berkata Pakatan Rakyat mesti berani untuk membuat perubahan yang besar untuk mencapai tujuan tersebut.

NONE "Kita pemimpin dan pendukung Islam jangan ajar diri kita terlibat dengan rasuah atau gejala rasuah.  Pakatan Rakyat diambang kemenangan, kita mesti melahirkan keadilan, negara berkebajikan dan masyarakat madani.

"Urus tadbir yang baik menjadi matlamat kita, (maka) kita mesti membuat perubahan besar dan berani membuat perubahan.  Perisytiharan harta, bagi yang bertanding dalam pilihan raya, (di mana) perwakilan di peringkat persekutuan sebagai permulaan.

"Saya mungkin bertanding dalam pilihan raya kalau dengan izin setiausaha agung dan naib presiden, saya akan mengisytihar harta peribadi dalam sidang media nanti," katanya.

Mohamad berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS ke-53 di Dewan Majlis Perbandaran Kota Bharu malam ini yang turut dihadiri Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan dua naib presiden Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Pada sidang medianya selepas itu, Mohamad berkata beliau "tidak mempunyai masalah" untuk mengisytihar hartanya bagaimanapun cara mekanismenya akan ditentukan dalam muktamar nanti.

"Kita perlukan satu mekanisme, supaya ianya menyeluruh dan dipersetujui bersama dari sudut cara. Kita semua dah setuju tetapi cara dan sebagainya, maka kita akan pergi kepada muktamar, pada hari Jumaat sehingga hari Ahad.

"Kemudian kita akan isytihar mekanisme perisytiharan harta, sama ada kepada rakyat, kerajaan atau orang ramai," kata dalam sidang media yang turut dihadiri Mustafa dan ketua Pemuda Nasrudin Hassan.

Nasrudin pula berkata dalam mesyuarat Dewan itu kelmarin, kepimpinan Pemuda bersetuju untuk mencadangakan pengisytiharan harta mengikut format Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum dimajukan kepada presiden parti.

"Apabila dimuktamadkan calon-calon pemuda bertanding dalam pilihanraya, maka pengisytiharan harta akan disiarkan kepada umum. Itu cadangan daripada Pemuda," katanya.

Sementara itu, Mustafa ketika ditanya mengenai sambutan parti dan calon-calon berhubung cadangan Pemuda PAS untuk mengisytihar harta, pula berkata beliau yakin parti itu "tidak ada masalah dengan perkara itu".

"Saya nampak apa yang dicetuskan oleh Pemuda ada komentar daripada parti-parti lain. Ada yang bersetuju, dan kita akan lihat apabila (ia)dibincangkan di peringkat (muktamar) Pemuda untuk menghasilkan satu garis panduan," katanya. 

NONE Sementara itu, Bernama melaporkan, PAS sedang mengkaji untuk menambah bilangan calon wanita bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam ini.

   

Beliau berkata langkah itu diambil berikutan peranan Muslimat yang sangat menggalakkan berdasarkan pencapaian di peringkat Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri (DUN).

   

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat Kali Ke-52 di Kelantan Trade Centre di Kota Bharu.

   

Terdahulu, dalam ucapannya Abdul Hadi berkata PAS mengiktiraf peranan wanita sejak 59 tahun lalu malah penglibatan wanita dalam parti itu adalah mendahului negara-negara lain.

   

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof dalam captamanya meminta semua Muslimat parti bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

 

ADS