Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
M'sia kutuk serangan Israel di Gaza, gesa PBB bertindak

Malaysia hari ini mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) khususnya Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil tindakan tegas berhubung apa yang disifatkan sebagai tindakan ketenteraan tidak

bertanggungjawab oleh Israel yang menyasarkan orang awam di Gaza.

    

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan oleh aktiviti ketenteraan dan serangan udara Israel di Gaza, yang telah membunuh seorang pemimpin Palestin dan meragut tujuh nyawa termasuk dua kanak-kanak.

    

"Malaysia menggesa semua pihak yang terlibat untuk menghentikan sebarang tindakan provokatif, bertenang dan mengekang sebarang tindakan yang boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar dan kehilangan nyawa, terutama di kalangan penduduk awam di Semenanjung Gaza," katanya dalam kenyataan hari ini.

    

Beliau berkata Malaysia juga menuntut Israel menghentikan serta merta tindakan ketenteraan ke atas rakyat Palestin.

- Bernama

ADS