Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Arahan tukar YDP MPS 'ultra vires', kata ahli majlis

dikemaskini Sekumpulan anggota Majlis Perbandaran Selayang hari ini mendakwa Jabatan Perkhidmatan Awam bertindak melampaui kuasanya apabila mengeluarkan arahan supaya Yang Dipertua (YDP) kerajaan tempatan bertukar ke Institut Tadbiran Awam Negara.

Dalam sidang media dihadiri lebih separuh daripada barisan ahli majlis tersebut, anggota berkenaan mendakwa tindakan itu juga melanggar Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Antaranya, seorang ahli majlis Eric Tan Pok Shyong yang berkata, arahan tersebut dikeluarkan JPA walau soal pelantikan YDP terletak di bawah kuasa kerajaan negeri.

Dakwanya lagi, JPA juga tidak ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang seperti agensi kerajaan lain.

"Ia hanya satu agensi yang membantu kerajaan. Jadi apa kuasa yang mereka ada?" katanya pada sidang media tergempar di menara MPS petang tadi.

Datuk Zainal Abidin Aala yang bertindak sebagai YDP MPS sejak 2011 menerima notis dipindahkan ke INTAN dalam tempoh 24 jam semalam.

Arahan pertukaran mendadak itu dikeluarkan selepas beliau membuat kenyataan bahawa projek kondominium Park Avenue di Batu Caves diluluskan pembinaannya pada tahun 2007 sewaktu Selangor ditadbir BN.

MIC turut menganjurkan demonstrasi bagi membantah sebelum ini berdemonstrasi membantah projek itu yang terletak hampir dengan kompleks kuil popular di Batu Caves.

Ekoran itu, Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan supaya kerja pembinaan itu dihentikan manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berjanji untuk membatalkan projek tersebut - sekiranya BN berjaya merampas pentadbiran Selangor.

Menurut Eric, tindakan itu juga bertentangan dengan Perkara 132 (2)

Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan lantikan pegawai kerajaan negeri terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

"Di bawah Perlembagaan Persekutuan, kerajaan Persekutuan tiada hak ke atas pegawai kerajaan negeri," katanya.

Ketua Whip ahli majlis Selayang, A Rahim Ahmad Kasdi percaya tindakan itu satu 'hukuman' untuk 'membekukan' Zainal Abidin daripada terus maju dalam kerjayanya.

Justeru, beliau mewakili ahli majlis yang lain menggesa kerajaan

Persekutuan mengkaji semula prosedur pertukaran dalam masa 24 jam yang didakwa dibuat dengan "tidak professional dan dilihat sering

mengganggu pentadbiran kerajaan negeri".

Katanya lagi, ahli-ahli majlis Selayang akan mengadakan mesyuarat khas untuk mendesak kerajaan negeri bertindak tegas menyatakan pendirian terhadap arahan itu.

 

 

ADS