Gereja Kuantan dibenar cabar pengambilan tanah

Gereja St Thomas Kuantan, hari ini mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi Kuantan untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan untuk mengambilalih tanah milik gereja itu yang menempatkan Sekolah Menengah St Thomas.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya yang membenarkan permohonan Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur, yang merupakan pemohon.

BNONEerikutan ini, mahkamah juga membenarkan penangguhan perintah
pengambilalihan tersebut sehingga selesai pendengaran permohonan semakan kehakiman.

Hakim Mariana yang mendengar permohonan itu dalam kamarnya, menetapkan 11 Januari depan untuk mendengar permohonan semakan kehakiman tersebut.

Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Pahang serta Kementerian Pendidikan telah dinamakan sebagai responden.

Peguam Bastian Vendargon, Gene Vendargon, Anne Vendargon dan Benedict Wong mewakili pemohon.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.